Thursday, January 27, 2011

Hotlink Hot Ticket

UTK CALL N SMS :


RM 8
50 minit call
100 sms
7 hari tempoh sah


RM 15
120 minit call
300 sms
10 hari tempoh sah


UTK LAYARI INTERNET :

RM 5
100 mb
1 hari tempoh sah


RM 10
500 mb
2 hari tempoh sah


RM 20
1.5 gb
7 hari tempoh sah


PROMOSI TAHUN BARU CINA :

RM 20
170 minit call
500 sms
10 hari tempoh sah



 RM 30
280 minit call
1000 sms
15 hari tempoh sah
 
 PROMOSI MUDA DIHATI :

 
 RM 6
20 minit call
300 sms
4 hari tempoh sah


 
 RM 15
40 minit call
1000 sms
10 hari tempoh sah


 
 

PROMOSI PERAYAAN :

RM 10
70 minit call
120 sms
7 hari tempoh sah

Present 2x RM10 Festive Hot Tickets at Pizza Hut to get a 6" Family Favourites Personal Pan Pizza for only RM1++, valid till 31 January 2011!
RM 15
120 minit call
300 sms
10 hari tempoh sah

 Present 1x RM15 Festive Hot Ticket at Pizza Hut to get a 6" Family Favourites Personal Pan Pizza for only RM1++, valid till 31 January 2011!





peace (^.^)_v

Wednesday, January 26, 2011

Kelebihan Menghafaz Al-Quran

Kelebihan menghafaz al-Quran.

Bagi penghafaz al-Quran (Hamlatul Quran), atau secara umumnya masyarakat lebih mengenali penghafaz al-Quran dengan gelaran “al-Hafiz”, akan mendapat 2 ganjaran :
  • Ganjaran di dunia.
  • Ganjaran di akhirat.
Ganjaran di dunia

Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka. Rakan saya Ustaz Asraff menyatakan bahawa :
  • Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.
“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah)
  • Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.
“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)
  • Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.
“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)
  • Al-Quran menjanjikan kebaikan.
“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Ganjaran di akhirat
  • Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua-dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)
  • Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)
  • Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi) Oleh itu tidak hairanlah ramai ibu bapa berlumba-lumba mengimpikan anak-anaknya menjadi penghafaz al-Quran. Marilah kita berdoa agar dalam keluarga kita mempunyai sekurang-kurangnya seorang penghafaz al-Quran.


peace (^.^)_v

Tuesday, January 25, 2011

Lafaz Kasmaran


LAFAZ APAKAH NANTI
UNTUK MEMULAKAN CINTA
SETELAH DITERJALIN GELORA RINDU
DI BIRAI HATI

TAK MAMPU KU SERLAHKAN
SEGALA YANG TERSIRAT
HANYA RUNDU TERASA MUNGKINKAH AKU
GAPAI KASIH DI MASA NANTI

WALAU RANJAU BERDURI
AKU PASTI MEREMPUH JUA KERANAMU
TIADA YANG LAIN YANG BISA MBUKA HATIKU

MALAM MELABUH SEPI
ANDAI ENGKAU MENJELMA DI SISI BERSAMAKU
MENGGARAPKAN RINDU YANG ADA DI MINDAKU

MUNGKINKAH KAU MENGERTI
GELISAH HATIKU
YANG DILANDA KASMARANMU
DI PERTEMUAN SEGENTING INI

ANDAINYA KAU TAHU
SIKSANYA MERUNDU
PASTI ENGKAU JUA
SEPERTIKU

LAFAZ APAKAH NANTI
UNTUK MEMULAKAN CINTA
HANYA RINDU TERASA MUNGKINKAH AKU
GAPAI KASIH DI MASA NANTI..




peace (^.^)_v

Monday, January 10, 2011

Free Web utk edit photo..

OKek.. me nk kongsi dengan sume 2 laman web yg percuma yg bleh korg layari utk edit pic..
free aje.. cube ar..


1- Funny Wow


2- Picnik




peace (^.^)_v

TRC RFM 1998/1999


Kenangan terindah yang menjadi memori kepada semua.. dalam tahun 1998 dan 1999... sape tak ingat, mmg byk mkn semut la.. hahahahaa.. RFM.. Radio Redifusion.. sebuah radio swasta yang berkonti di bangunan AMDB, No 1, Jalan Lumut.. yang kini sudah bertukar suasana.. walaweeehhh... Rundu kenangan lama.. bersama rakan2 seperjuangan TRC.. yang tak jemu2 menemani DJ2 RFM satu ketika dulu.. TRC tu mende eh? hahahaha.. The Regular Caller.. tak salah me la.. hehe.. >_< kan kan kan..

Ingat lg time2 1998 1999.. me masa tu f4 f5.. hahahaha... degil nye pasal.. RFM d hati nye pasal.. tu la die.. jauh wooo me pegi.. ahaks.. Ke Seremban.. Desa Waterpark, Lot10. Amcorp Mall PJ.. hahahahaa.. smpeikn ade satu ms tu.. time2 Peperiksaan Percubaan SPM, me bleh ade skali kat Amcorp Mall tu.. muehhehehee.. selamber je.. pastu kene mrh dgn abg2 akak2 sume.. kohkokhoh... Alhamdulillah SPM cemerlang.. hikhik.. >_<

Geng2 TRC RFM : jap eh me cube senaraikan.. kot ade yg tlps pandang la.. tolong ingatkan aku.. hahhahaa mcm lagu plak..

- abg jalal (found)
- abg rahmat (found)
- abg fahrul (found)
- azam ponpon
- azam kecik (found)
- cdee klang
- kak zie melawati
- kak ira rawang
- kak elly tmn medan
- abg azmi, flat sri selangor
- rizal puchong
- faryn
- amin
- zaini
- adik
- azhar
- amy dengkil
- zainol country home rawang
- abg bob telok panglima garang
- azman cmm
- azman
- sofrie wangsa maju
- gf sofrie sapa tah nama..

n ramai lg.. yg me tak sebut.. sbb lupe name.. uhuk.. sorry my dear.. 

dj2 plak ms tu :

- kc ismail
- jj
- abg long
- kay chuliano
- aznil
- lin

dgn bmula dgn jumpa page abg jj, me jumpe kat fb.. tudiaaa.. mai sorg2 kwn2 lama jumpa.. hehe.. punye la sonok.. tak tkata.. rs kalo jumpe.. mau pelop seom sume arr.. hahahahaha... adoii.. rs tak tkata d hati.. btapa ku merundui kalian semua.. bila nk reunion ni?? lame dh mcari.. lama dh mnunggu.. uhuk.. bila tgk kembali pic2 lame ni.. aduhai... rundu tahap gaban dh ni.. plz plz plz.. hahahahhaa

utk kalian semua.. bjumpa nant k.. mishyu.. muah muah..



peace (^.^)_v

Khasiat Daging Kambing

"Kambing pengurai kolestral tepu"

Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.
Pengurai Kolestrol Tepu

1) Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat.

Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik,tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untumengelakkan penyakit darah tinggi.


Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan.
Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

2) Mencantikkan Kulit

Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.
Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari.

Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.


3) Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.


Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.
Wallahualam....



peace (^.^)_v

Saturday, January 1, 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011


SELAMAT TINGGAL 2010.. SELAMAT DATANG 2011.. SEMOGA KEDATANGAN TAHUN BARU INI MEMBAWA SERIBU PERUBAHAN DALAM KEHIDUPAN.. DOAKAN YANG TERBAEK.. INSYAALLAH.. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011 KEPADA SEMUA..~!



Peace (^.^)_v