Monday, June 27, 2011

Happy Birthday To MyLuvly Brother. (250611)


HAPPY BIRTHDAY TO MY LUVLY BROTHER..
25 JUN 2011

SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI
AMIN..

LUVYU BOY..
MUAAHHHHH



peace (^.^)_v

Thursday, June 23, 2011

Penin Planning Pusing

hohohoho... assalamualaikum... lame tak mencoret.. so ari ni luangkan masa seketika.. menulis mencoret..

now dh bulan jun.. dlm thn 2011.. sekejap ja nk abes dh bln jun.. memasuki july.. cpt btol masa blalu.. aku masih lg d opis.. menyiapkan kertas kerja.. yang seboleh2 aku nk anto awal sblm tarikh program yg d cdgkn..

smbl2 mendengar radio.. lagu bleh plak kuar yg jiwang2... aduhhh.. yang dulu.. usah d rundu.. ilangkanlah dari atimu.. doaku buat kekasih..

aaiihhh... dan dan kat luar trus ujan... heh.. ujan dh selayang.. alhamdulillah.. kalo tak tu panas manjang.. smpei ke mlm.. ermmm..

eit.. idea idea.. adddoiiii... buntu sungguh aku nk siapkan keje ni.. idea plak tak muncul2.. pusing btol d buatnye.. penin2.. planning kene btol.. kalo tak, msk aku.. aku ke mane.. program pun ke mane..

ermmm... mane nk cr det lebey ni? aduhhh... mcm2 cara dh buat.. ikhtiar.. tp takpe.. ade rezeki.. insyaallah kn.. mudah2an dipermudahkan segala urusan.. amin..

tudia.. kuar plak lagu kaer.. izinku pergi.. aduhhh... kejadahnye ptg2 ni lagu sume jiwang2 belake?


maafkan aku.. duhai kasih.. izinkan ku pergi..













pergi..














keluar...














mencari idea..



hohohohoohhohohho..

ok arr.. aku nk cont siapkan keje.. kang tak siap, lg satu hal mendtg.. huhuhuhu..




peace (^.^)_v

Tuesday, June 21, 2011

Gangguan Bekalan Air Kawasan Lembah Kelang [ Rabu hingga Jumaat ]


Gangguan ini ekoran pihak Bekalan Air Selangor (Syabas) menutup lojinya untuk pembersihan dan pembaikpulihan. Gangguan akan bermula jam 8 pagi Rabu (esok) hingga 8 pagi Jumaat.

Walaupun pihak Syabas berjanji akan cuba menghantar lori2 kepada tempat2 yang terbabit, pengguna diminta supaya mempunyai simpanan atau stok air yang mencukupi untuk tempoh itu. Pengguna boleh menelefon hotline Syabas 1-800-88-5252 untuk mengadu sebarang kemusykilan.

Kuala Lumpur
Bukit Kiara, Royal Selangor Club, Bukit Kiara Resort, Bukit Kiara Sports Complex, National Science Complex,
National Institute of Public Administration, Securities Commission, Sime Darby Convention Centre, Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara; Taman Seri Beringin.

Hulu Selangor District
Kampung Serai, Kuang; Kampung Kuang, Kuang; Kampung Cempedak, Kuang; Kampung Gombak, Kuang; Kampung Baru, Kundang; Kampung Melayu Sri, Kundang; Kampung Permata, Kundang; Taman Desa, Kundang; Bandar Baru Kundang, Kundang; Kundang Jaya, Kundang; Taman Rahmat Jaya, Kundang; Industrial zone Kundang; and Bandar Tasik Puteri.

Gombak District
Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Industrial Park Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra.

Petaling District
Taman Bukit Mayang Mas, PJU 1; Kampung Cempaka, PJU1; Dataran Prima; PJU 1; Taman Aman Sari, PJU 1; Taman Bukit Emas, PJU 1; Taman Megah Mas, PJU 1; Ara Damansara; Taman Sunway Mas; Eastin Hotel; Phileo Damansara; Universiti Malaya; Pusat Perubatan Universiti Malaya; Seksyen 17, Seksyen 17A, Seksyen 19 22; SS1 hingga SS9 Kelana Jaya; SS 20 hingga SS 26 Damansara; Subang airport (MAS Kargo, MAS Catering, APAC); keseluruhan Kota Damansara; Kampung Baru Sungai Buloh; Mah Sing; Pinggiran Subang; Subang Bestari; Kampung Sungai Kayu Ara (Jalan Kekwa dan Jalan Dahlia), Damansara; Damansara Idaman (PJU 1A), Damansara; Damansara Lagenda (PJU 1A), Damansara; Damansara Indah (PJU 3), Damansara; Tropicana Golf & Country Resort (PJU 3), Damansara; Tropicana Indah (PJU 3), Damansara; Pelangi Damansara, Damansara; Bandar Utama (PJU 6), Petaling Jaya; Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh; Bukit Rahman Putra industrial area; Taman Seri Putra, Sungai Buloh; Taman Impian Indah, Sungai Buloh; Taman Matang Jaya, Sungai Buloh; Saujana Akasia, Sungai Buloh; Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh; Seksyen 11, 12, 13, 14 dan 16; Seksyen 51A; Kampung Sungai Penchala/ Bukit Lanjan; keseluruhan TTDI; Mutiara Damansara (PJU 7); Damansara Perdana (PJU 8); Flora Damansara (PJU 8).
For details, call 1-800-88-5252 or SMS PUSPEL and send to 39222 or log on to www.syabas.com.my




peace (^.^)_v

Wednesday, June 15, 2011

Antara Tuntutan Agama & Adat


Dalam kepesatan masyarakat menuju ke arah negara maju, masih wujud kekeliruan antara tuntutan agama dan adat yang menjadi pegangan kuat orang Melayu. Bahkan, ada pepatah mengatakan biar mati anak, jangan mati adat. Ini menggambarkan betapa dalam sesuatu situasi adat mendahului kepentingan lain dalam hidup. Amat menjengkelkan apabila ada lapisan masyarakat menjadikan adat sebagai perkara wajib hingga tuntutan agama diabaikan.
 
Perkara ini dapat dilihat terutama dalam majlis yang membabitkan perkahwinan, menyambut kelahiran cahaya mata dan kematian. Sebenarnya, masyarakat perlu faham bahawa Islam tidak pernah menolak adat selagi ia tidak bertentangan dengan syarak.
 
Sebagai contoh majlis menyambut kelahiran cahaya mata baru dalam sesebuah keluarga. Dalam Islam, bayi yang baru lahir perlu diazan dan ditahmidkan. Kemudian, ibu bapa akan memilih nama yang baik dan seterusnya melakukan aqiqah. Semua ini penting sebagai tanda kesyukuran kerana mendapat anak.
 
Namun, yang agak dikesali adalah tindakan sesetengah masyarakat yang menyambut kelahiran anak dengan bermacam-macam perkara hingga menjadi khurafat seperti meletakkan pisau di bawah bantal, kononnya untuk mengelakkan daripada gangguan hantu dan syaitan. Sama juga dengan majlis mencukur kepala. Sepatutnya rambut dicukur dengan tujuan membersihkan kepala bayi tersebut tetapi kita hanya cukur sedikit sahaja.

 
Rambut yang habis dicukur perlu ditimbang dengan nilai emas untuk disedekahkan kepada fakir miskin. Cuma Islam tidak memberatkan untuk timbangan emas kerana yang penting ialah membersihkan kepala bayi. Disunatkan Pada majlis perkahwinan pula, yang menjadi tuntutan agama ialah akad nikah dan kenduri kahwin. Perkahwinan yang dilangsungkan hendaklah diisytiharkan dengan mengadakan kenduri seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Buatlah kenduri walau dengan seekor kambing." (Riwayat Bukhari)
 
Dalam Islam, meminang adalah disunatkan tetapi ia bukan satu adat. Agama turut menggalakkan pemberian hadiah, misalnya pemberian hantaran kepada keluarga pengantin, tetapi biarlah ia bersederhana untuk mengeratkan hubungan silaturahim.
 
Kalau ia dilakukan secara berlebih-lebihan seperti mana pada hari ini, itu semua adalah adat semata-mata dan bukannya tuntutan agama. Begitu juga dengan majlis perkahwinan yang terlalu meriah hingga mengundang kepada pembaziran. Perkara ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Di samping itu, ia turut diiringi dengan majlis persandingan di mana pengantin perempuan berhias secara berlebih-lebihan dan membuka aurat. Islam menggalakkan kenduri untuk menghebahkan perkahwinan kepada umum. Adalah lebih elok kalau pasangan melayan tetamu dengan dihiasi pakaian yang sedikit berbeza dan menunjukkan dirinya baru berkahwin.
 
Tetapi dalam masyarakat kita terlalu banyak adat hingga matlamat sebenar tidak tercapai. Begitu juga mengenai adat menepung tawar pasangan pengantin semasa majlis persandingan. Dipercayai adat ini berlaku dalam kalangan masyarakat Melayu dahulu kala yang hendak belayar. Ketika itu diadakan upacara menurunkan perahu atau kapal. Upacara dilakukan dengan perahu itu dipulihkan dengan jampi serapah dan mentera menggunakan tepung tawar dan sebagainya. Membebankan "Seperti yang saya nyatakan, masyarakat kita sebenarnya tidak jelas apakah adat yang mereka buat dan tujuannya.
 
Dalam adat menepung tawar, kita perlu lihat pada tujuannya terlebih dahulu. Kalau berhasrat untuk menolak bala, maka Islam tidak membenarkan. Sekiranya ia dilakukan dengan tujuan untuk meraikan pengantin, ini tidak bertentangan dengan syarak. Selain itu, beberapa adat yang wujud di sesetengah negeri seperti adat mandi bagi pasangan pengantin juga tidak manis dilakukan kerana ia menampakkan aurat antara lelaki dan perempuan. Adat ‘tol’ seperti di Johor juga dilihat membebankan pihak lelaki yang sudah banyak mengeluarkan perbelanjaan. Bagaimanapun, adat ini tidaklah sampai ke peringkat haram kerana mereka melakukan sekadar untuk berseronok.
 
Antara adat yang bertentangan dengan syarak ialah lenggang perut. Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di selatan Semenanjung manakala di utara Semenanjung, ia lebih dikenali dengan panggilan kirim perut. Ia dilakukan ke atas wanita yang genap hamil tujuh bulan bertujuan meletakkan kedudukan bayi di tempat yang sepatutnya dalam perut ibu iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Kelengkapan yang diperlukan ialah tujuh helai kain berlainan warna, segantang beras, sebiji kelapa, beberapa urat benang dan lilin, sebatang damar, sedikit minyak kelapa atau minyak urut, satu tepak sirih yang lengkap dengan isinya dan pengeras wang sebanyak RM1.25 di dalam tepak sirih. Biasanya pada hari melenggang perut akan diadakan kenduri kecil-kecilan yang akan dihadiri oleh orang tua-tua dan kaum keluarga yang rapat.
 
Pada masa kenduri itu berlangsung, si ibu yang akan melenggang perut akan dipakaikan dengan pakaian baru dan cantik. Adat ini wujud kerana azam kita agar bayi dapat dilahirkan dengan selamat. Hakikatnya, kita perlu memohon dan berdoa kepada Allah s.w.t. supaya dimudahkan bersalin dan bukannya melalui upacara tersebut. Oleh kerana adat ini diwarisi sejak turun-temurun, maka masyarakat hari ini masih lagi mengamalkannya.
 
Masyarakat Melayu juga mempunyai kepercayaan tertentu apabila membabitkan soal kematian. Misalnya, mengadakan majlis tahlil dalam tempoh tertentu hingga membebankan keluarga si mati. Apabila masyarakat semakin keliru dan tidak tahu membezakan antara adat dan agama, ia akan menyebabkan umat Islam keciciran tanggungjawab terhadap agama.
 
Dalam kehidupan sesetengah individu, dari segi psikologi mereka sentiasa mengharapkan ada kuasa lain dalam diri mereka. Selagi adat tidak bertentangan dengan agama, maka Islam membenarkan. Jangan sampai ia memudaratkan seperti mana yang kita lihat pada hari ini iaitu perbelanjaan perkahwinan yang tinggi menyebabkan ramai pasangan muda menangguhkan perkahwinan mereka dan akhirnya berlaku maksiat.





peace (^.^)_v

Terima Kasih Segalanya.. ( Aku Tgh Emo Ni )

buat seorang teman yg berada nun jauh d sana..

teman..

sekali lg aku coretkan sesuatu d sini buatmu.. aku tahu mungkin kau akan sadari.. atau mungkin tidak..

errmmm.. mmg benar aku tlh lama tidak mjenguk mu.. malah untuk btanya kabar.. aku sibuk.. dan dikau jua.. cuma perbedaan kita.. engkau telah ada empunya.. dan aku tidak..

teman..

aku tidak kisah pun jika dikau sudah berpunya.. kerna itulah yg buat aku gembira.. kerna aku tahu, dikau akan gembira.. dan aku d sini tersenyum melihat kegembiraan dikau..

cuma yg tidak selesanya bg aku, dia seakan tidak selesa dengan adanya aku d situ.. sedangkan bukan dia tidak mengenali aku.. dan rsnya aku tlebey dahulu mengenali dikau..

tp tak mengapa.. itu mmg hak dia.. dirimu hak dia.. dan bukan aku.. cuma yg aku tidak selesa, tidak perlulah dia menunjukkan kpd semua yg lebey tepatnya kpd aku.. dgn mbalas komen2 yg tlh lama blalu d antara aku dan dikau.. bg aku, semuanya bagai jenaka.. tidak matang sungguh..

teman..

aku tkejut sbnrnya pabila mendapati dikau menambah aku kembali sbg kenalan mu.. kerna aku tidak langsung menyedari bilakah dikau membuang ku sbg rakan mu..

dengan alasan, tak sengaja..

bg ku, takpe la.. nk wat cmne kn.. daku tetap menambah kembali dirimu sebagai rakan ku.. kerna bg ku, mmg kita tiada masalah.. tiada perkara yang buleh mbuatkan hubungan kita putus.. sebagai sorg rakan..

tetapi..

aku dikejutkan kembali.. tidak lama mana pun.. hanya sehari selepas itu.. dikau tidak lg sbg rakan ku.. ohhh.. begitu sentap ku rasa.. ermmm.. mungkin alasan 'tidak sengaja' tidak buleh di guna pakai lg.. nk wat cmne kn.. aku ni pun siapalah buat mu.. mungkin sebagai rakan.. mahupun sahabat.. tidak layak.. apatah lg.. sbg adikmu..

teman..

ayat terakhir ku titip buatmu..

SALAM.. DEL ME AGAIN.. ERRMM.. NMPKNYA MMG BTOL ABG NK BUANG ME.. ORAIT.. ME MINTA MAAF IF ADA SALAH SILAP.. TQ FOR EVERYTHING.. TQ SBB SUDI JD KWN ME.. TAKE CARE..

maafkan aku, kerna selepas ini, tiada lg kisah d antara kita.. akan ku simpan di nurai ini, kenangan antara kita.. hingga akhir nant..

kerna akulah camar yang patah sayapnya..

salam sayang.. selamat tinggal..





peace (^.^)_v

Friday, June 10, 2011

Kisah Van Ijo Malam Tadi

>_@



@_<



>_@



@_<

alkisahnye kn.. mlm td la.. aku mcm bese g opis.. bese mmg blk tgh malam.. kul 12.. then g minum makan sume.. so kitorg g ar kedai kat opis ni aje.. elok2 baek je tgh mkn.. borak2.. tup2 lalu satu van ijo ni..


nk tahu ape van tu?


VAN JENAZAH..


HOH...

aku dgn kwn aku cuak dh.. bkn ape.. dok mikir.. sape yg meninggal dunia memalam ni kat sini.. pastu tgk cara pemandu tu memandu van tu len mcm ja.. lg pelik..

then die benti blkg kitorg.. pastu br la tahu ape van tu buat.. mean org2 kg la.. yg kami dpt tahu la, ade sekumpulan remaja tlh d tangkap bdetim d tmpt yg mcurigakan..


nah!!


amik ko.. siap angkut nek van jenazah.. hohohoho.. kalo aku seriau derrrr... mau tak nye.. mlm2 lak tu.. aku ni plak lemah semangat sket mende2 tu.. aihhh..

tp yg d kisahkan d sini.. remaja2 skang ni ishh... mcm2 jd mcm2 perangai tgknye.. tak mcm kita dulu2.. makin teruk..

yg aku dgr cite, budak2 dlm van tu la.. d bw ke masjid.. ronda2 nek van ijo tu.. pastu yg menarik aku dgr la.. diorg d bawa ke kawasan tanah perkuburan..

phhewwwwwwww...

kalo aku la.. ishhh.. mau tkucil kot..


gasak korg ler.. pandai korg buat pasal.. pandai la korg tanggung.. besh kn nek van ijo tu.. g ronda2.. hahahahaha.. nasib2..






peace (^.^)_v

Saturday, June 4, 2011

Cek Itu Cek Ini.. ohh ohh..

smlm aku odw blk.. pale aku mmg sakit sgt dh.. dlm ati aku pk.. mmg sah naek tekanan darah aku ni.. xpe la.. aku drive bese je ar.. tak layan sgt.. ingat mkn panadol.. leh ar tahan sket kot..

smpei je umah mlm td.. aku cek tekanan darah aku..


yg ni result mlm td.. agak tinggi.. padan la sakit sgt.. smpei tengkuk aku pun sakit.. hurrmm..

then bila aku bgn pg.. aku cek skali lg.. result die mcm ni..


aku cek jugak gula dalam darah.. sbb lama gak aku tak cek.. tools die mcm kat bwh ni.. hohohoho..


result gula aku : 4.7

ok la kot.. sbb normal katenye 6.. jgn kurang lg dh la.. aihhhh... aku ni dh la pentakut nk kene tembak jaru tu.. mula2 buat salah.. pastu mama aku tunjukkn mcm ni buatnye.. adoii.. kene tembak lg jari aku.. adehhhh.. denyut2 d buatnye.. heh..

pasal sakit pale tu.. tgk tekanan darah tinggi.. si dia suh aku g cek spital.. tp bese la.. aku ni kn degil.. lalalalala.. nant ar... takut g cek spital.. nant byk lg mende sakit len yg kuar.. huurrrmmm..




peace (^.^)_v