Tuesday, July 29, 2008

Its LOVE

KEPADA YANG MASIH SINGLE
Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakan mu tapi sering pula ia menyakiti. Tapi cinta itu istimewa apabila kau berikan kepada seseorang yang layak menerimanya.

KEPADA PLAYBOY / PLAYGIRL
Jangan kata ‘AKU CINTA PADAMU’ bila kau tidak benar-benar peduli atau pasti. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. Hal yang paling kejam dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tak berniat langsung ‘UNTUK
MENERIMANYA’ saat ia terjatuh.

KEPADA YANG PATAH HATI...
Sakit... patah hati.... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh di ambil sebagai pengajaran dan hikmahnya.

KEPADA YANG BELUM PERNAH JATUH CINTA

Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuh lah! Tetapi jangan sampai terjerumus. Biar selamba tetapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa. Bersedialah untuk terluka dan menderita. Tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu benar-benar dialami.

KEPADA YANG INGIN MENGUASAI
Hatimu patah bila melihat orang yang kau cintai berbahagia dengan orang lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengentahui bahawa orang yang kamu cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.

KEPADA YANG TAKUT MENGAKUI
Cinta menyakitkan apabila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi lebih sakit lagi apabila seseorang memutuskan hubungan denganmu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai, langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

KEPADA YANG MASIH BERTAHAN MENCINTAI SESEORANG YANG TIDAK LAYAK
Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudiannya akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang ianya sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tidak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.

1 comment:

eMMe said...

kepada yang sedang ingin bercinta takde kewww....hahahhaaa....