Saturday, August 22, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK & SELAMAT BERPUASA

Ramadhan kembali lagi…. Alhamdulillah… dan insya allah umat Islam akan menyambut Ramadhan sekali lagi… Syukur kerana Allah memberi peluang untuk memperbaiki diri… Allah memberi chance untuk umat Islam memperbaiki diri… Allah memberi peluang untuk kembali ke jalan yang haq dan memilih jalan ke syurga mahupun jalan ke neraka (na’uzubillah)… of course secara logiknya manusia akan pilih syurga… tetapi apa amalan yang perlu dilakukan untuk mendapat redha, dan rahmat allah? …banyak… Ramadhan antara bulan2 yang patut ditunggu2 oleh umat Islam… majlis berbuka diadakan bukan sahaja di rumah, malahan di masjid juga… ambillah peluang untuk merapatkan diri dengan komuniti masjid… kenallah saudara2 kita… makanlah sedulang dengannya… nescaya akan timbul rasa cinta terhadap mereka… mungkin masa ini umat Islam boleh mengambil initiatif untuk memperkuatkan hubungan ukhuwwah sesama Muslim… solatlah di masjid… terawih mahupun yang fardhu… 8 atau 20 tidak menjadi masalah… janganlah bahan ini dijadikan telagah dan pergaduhan besar… umat Islam kita pada masa ini sudah berpecah belah… bila kita hendak bersatu? bagaimana hendak mencapai satu matlamat? Ukhuwwah itu penting, ambillah peluang ini…jangan sia siakan peluang ini…amatlah rugi sekiranya ramadhan ini hanya diibarat sebagai bulan yang biasa… satu lagi yang patut kita amalkan ialah keikhlasan dalam beribadah…jangan jadikan benda ini benda yang dipaksa, atau hanya routine harian…hadirkanlah diri kita di hadapan Allah….fahamkan apa yang kita mintak dari Allah semasa sembahyang…Allah sayangkan hambanya yang sentiasa cuba mencari keredhaannya…insya allah…all the best to all my dear brothers…jazakallahkhairan
kathiran…

Ada satu dzat jika:
Selangkah kita merapat pada-Nya, seribu langkah Dia merapat pada kita
Kita menyambutnya dengan berjalan, Dia menyambut kita dengan berlari …
Akhirnya…, jika kita mendapat perhatianNya, Dia akan memerintahkan kepada malaikat untuk menyampaikan kepada seluruh isi langit dan bumi untuk mencintai kita.

Itulah Allah Azza wajalla yang kekal dan kuasa. Kunci untuk mendapatkan cintaNya adalah dengan mencintaiNya melebihi apapun juga.

(kucerita ini sebagai renungan terutama bagi diriku….dan amnya bagi para sahabat yang lain…semoga ramadhan kali ini memberi makna yang tidak ternilai bagi kita….hanya allah sahaja yang dapat membalas mereka yang beriman…)


Selamat menyambut bulan ramadhan ! arini 1st day pose.. dah niat pose ke blom ni? haa kalo blom niat lagi pi niat cepat²

Lafaz Niat Puasa Sebulan :

"Nawaitu Sauma Shahri Ramadhana Kullihi Lillahi Ta’ala"
نـَوَيْتُ صَوْم َ شـَهْرِ رَمـَضَانَ كـُلـِهِ لِلـَّهِ تـَعَالى
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala.

Lafaz Niat Puasa :

"Nawaitu Sauma Ghadin An ‘Adaa ‘An Fardi Shahri Ramadhana Hazihis Sanatil Lillahi Taala"
نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْض ِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Alalh Ta’ala

Allahumma innaka afuwwun kareemun tuhib-bul af-wa fa-afo anni

O Allah, You are the One who grants pardon for sins, who loves forgiving… so forgive me.

(Amalkan doa ini khususnya pada bulan Ramadhan ini, semoga kitab kejahatan kita terpadam dan bersih dari dosa besar mahupun kecil)

40. Al Mu'min
60. Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku[1326] akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."



peace (^.^)_v

No comments: