LELAKI : Sekurang-kurangnya menutup aurat dari pusat hingga ke lutut.
PEREMPUAN : Menutup keseluruhan badan kecuali muka dan telapak tangan.
Hendaklah berdiri betul menghadap kearah Kiblat, Kaabah (Arah bagi orang-orang Islam bersembahyang, tempat di mana arah matahari terbanam di Malaysia atau arah Barat)
Untuk lebih Khusyuk dalam sembahyang hendaklah tumpukan perhatian kepada sembahyang dan ketahuilah anda sekarang berhadapan dengan Allah serta pandanglah kearah tempat Sujud.
Rapatkan kedua-dua tangan ke paha ketika memasang niat dalam sembahyang yakni sebelum mengangkat takbir.
LELAKI
PEREMPUAN
SOLAT SUBUH (dua rakaat) :
BERDIRI BETUL (NIAT)
Usalli fardhaz subhi raka'ataini (*) adaan lillahi ta'ala
-
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.
TAKBIRATUL IHRAM : Berdiri sambil mengangkat takbir
Allahu Akbar
Maksudnya:
Allah Maha Besar
Angkat kedua-dua belah tangan ke paras telinga selepas memasang niat dalam solat sambil itu bertakbir seperti di atas.
LELAKI - paras bawah telinga
PEREMPUAN - tidak melebihi paras bahuBERDIRI RAKAAT PERTAMA (Doa Iftitah) : Tangan diletakkan di atas perut (pusat)
Allahu Akbaru kabira walhamdu lillahi kathira wasubhanallahhi bukratau waasila. Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama wati wal ardha hanifam muslimaw wama ana minal musyrikin. Inna solati wanusuki wamahyaya wammamati lillahi rabbil'alamin. La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana minal muslimin.
Maksudnya:
Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).
LELAKI : tangan memegang
PEREMPUAN : tangan di atas
Letakkan kedua tangan selepas mengangkat takbir (tangan kanan di atas tangan kiri, beratkan ke sebelah kiri bagi lelaki).
TERUSKAN DENGAN BACAAN
A'uzubillahi minassyaitanir rajim.
Maksudnya :
Aku berlindung dengan Allah dari godaan syaitan yang kena rejam.
Aku berlindung dengan Allah dari godaan syaitan yang kena rejam.
SURAH AL-FATIHAH
Bismilla hirrahma nirrahim.
Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Arrahma nirrahim. Maliki yaumiddin.Iyyaka na'kbudu waiyyaka nasta'in. Ihdinassiratal mustaqim. Siratal lazina an'amta'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladdhalin. Amin (*).
Maksudnya:
-
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. -
Segala puji-pujian bagi Allah tuhan seru sekelian alam. Yang maha pemurah lagi maha pengasih. Yang berkuasa pada hari pembalasan. Hanya Engkau sahaja wahai tuhan yang kami sembah dan hanya Engkau sahajalah tempat kami meminta pertolongan. Tunjukanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang terdahulu yang telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat. -
Amin (*) (Perkenankanlah permintaan Kami)
* sambutlah perkataan Amin bersama-sama jika sembahyang jemaah, tunggu selepas imam membacanya kemudian anda baca fatihah.(jika sembahyang zohor dan asar anda dikehendaki membaca sendiri selepas bacaan do'a iftitah).
KEMUDIAN BACA SEBARANG SURAH
CONTOH : SURAH AL-KAUTSAR
Bismilla hirrahma nirrahim.
Inna a'ktainakal kautsar. Fasalli lirabbika wanhar. Innasya niakahual abtar.
-
Maksudnya: -
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. -
Sesungguhnya Kami (Allah) telah kurniakan kepadamu (Muhammad) nikmat yang banyak. Maka dirikanlah sembahyang kerana (syukur kepada) Tuhanmu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.
TAKBIR KERANA RUKUK : Berdiri sambil mengangkat takbir
Allahu Akbar
Maksudnya:
Allah Maha Besar
Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga sambil itu bertakbir seperti di atas.
RUKUK : Tunduk dalam keadaan 90 darjah
Subahana rabbial 'azimi wabihamdih. (3 Kali)
Maksudnya:
Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat kepujiannya.
Anda boleh juga membacanya lebih dari 3 Kali dengan kiraan ganjil contohnya 5X, 7X, 9X, 11X ataupun sekali dan sebagainya.
Kedudukan tangan bagi muslimat ketika melakukan rukuk, siku dirapatkan kebadan.
IK'TIDAL (KEMBALI BERDIRI SELEPAS RUKUK) : Berdiri sambil membaca
Sami'allahu liman hamidah.
Maksudnya:
Allah mendengar orang yang memujinya.
Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga sambil itu bertakbir seperti di atas.
IK'TIDAL SELEPAS RUKUK : Berdiri kembali sebelum sujud
Rabbana lakalhamdu.
-
Ertinya:
Ya Tuhan kami, Bagimu segala puji.
* Rabbana lakalhamdu mil assamawati wamil ardhi wamil a'maasyita min syai i'nba'du.(Ya Tuhan kami, bagimu segala puji seisi langit dan bumi dan sebanyak yang Engkau kehendaki).
Allahu Akbar
-
Maksudnya:
Allah Maha Besar
Teruskan dari keadaan di atas menuju sujud yang pertama.
SUJUD PERTAMA (RAKAAT PERTAMA) : Tunduk hingga ke paras lantai
Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali).
-
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya.
Allahu Akbar
-
Maksudnya:
Allah Maha Besar
DUDUK ANTARA DUA SUJUD : Duduk seperti melutut
Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni wahdini wa'afini wa'kfu 'anni.
Maksudnya:
Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.
KEMUDIAN LAKUKAN SUJUD KEDUA, SEBELUM ITU BACA
Allahu Akbar
-
Maksudnya:
Allah Maha Besar
SUJUD KEDUA (RAKAAT PERTAMA) : Baca seperti sujud pertama juga
Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali).
-
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya.
Allahu Akbar
-
Maksudnya:
Allah Maha Besar
BERDIRI PADA RAKAAT KEDUA : Tanpa mengangkat tangan terus membaca
A'uzubillahi minassyaitanir rajim.
Maksudnya :
Aku berlindung dengan Allah dari godaan syaitan yang kena rejam.
Aku berlindung dengan Allah dari godaan syaitan yang kena rejam.
SURAH AL-FATIHAH
Bismilla hirrahma nirrahim.
Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Arrahma nirrahim. Maliki yaumiddin.Iyyaka na'kbudu waiyyaka nasta'in. Ihdinassiratal mustaqim. Siratal lazina an'amta'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladdhalin. Amin (*).
Maksudnya:
-
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. -
Segala puji-pujian bagi Allah tuhan seru sekelian alam. Yang maha pemurah lagi maha pengasih. Yang berkuasa pada hari pembalasan. Hanya Engkau sahaja wahai tuhan yang kami sembah dan hanya Engkau sahajalah tempat kami meminta pertolongan. Tunjukanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang terdahulu yang telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat. -
Amin (*) (Perkenankanlah permintaan Kami)
* sambutlah perkataan Amin bersama-sama jika sembahyang jemaah, tunggu selepas imam membacanya kemudian anda baca fatihah.(jika sembahyang zohor dan asar anda dikehendaki membaca sendiri selepas bacaan do'a iftitah).
KEMUDIAN BACA SEBARANG SURAH
CONTOH : SURAH AL-IKHLAS
Maksudnya: Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Katakanlah Allah itu esa. Allah tempat meminta. Tiada beranak dan tiada diperanakkan. Dan tiada sesuatu yang setara dengannya.
TAKBIR KERANA RUKUK (RAKAAT KEDUA) : Berdiri sambil mengangkat takbir
Allahu Akbar
Maksudnya:
Allah Maha Besar
Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga sambil itu bertakbir seperti di atas.
RUKUK (RAKAAT KEDUA) : Tunduk dalam keadaan 90 darjah
Subahana rabbial 'azimi wabihamdih. (3 Kali)
Maksudnya:
Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat kepujiannya.
Anda boleh juga membacanya lebih dari 3 Kali dengan kiraan ganjil contohnya 5X, 7X, 9X, 11X ataupun sekali dan sebagainya.
Kedudukan tangan bagi muslimat ketika melakukan rukuk, siku dirapatkan kebadan.
IK'TIDAL SEBELUM SUJUD RAKAAT KEDUA : Berdiri sambil membaca
Sami'allahu liman hamidah.
Maksudnya:
Allah mendengar orang yang memujinya.
Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga sambil itu bertakbir seperti di atas.
IK'TIDAL SELEPAS RUKUK : Berdiri kembali sebelum sujud
Rabbana lakalhamdu.
-
Ertinya:
Ya Tuhan kami, Bagimu segala puji.
* Rabbana lakalhamdu mil assamawati wamil ardhi wamil a'maasyita min syai i'nba'du.(Ya Tuhan kami, bagimu segala puji seisi langit dan bumi dan sebanyak yang Engkau kehendaki).
DOA QUNUT
Allah humah dini fiman hadait.
Wa'a fini fiman 'afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a'tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alaik.
Wainnahu layadziluman walait.
Walaa ya'izzuman 'adait.
Tabaa rakta rabbana wata'alait.
Falakalhamdu 'ala maaqadzait.
Astaghfiruka wa'atubu ilaik.
Wasallallahu 'ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.
Maksudnya:
- Tuhanku, pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau pimpin. Dan afiatkanlah aku bersama orang yang telah Engkau beri. Dan peliharalah aku seperti orang yang telah Engkau pelihara. Dan anugerahilah aku seperti orang yang telah Engkau anugerahi. Dan lindungilah aku dari perkara yang telah Engkau qadhakkan. Kerana Engkau yang menghukum bukan Engkau yang dihukum. Tidaklah hina orang yang telah Engkau muliakan. Tidaklah mulia orang yang telah Engkau hinakan. Amat berkat Engkau hai Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Maka bagiMu pujian atas apa yang telah Engkau hukumkan. Ampunilah aku dan maafkanlah aku. Dan Allah limpahkanlah rahmat dan sejahtera kepada junjungan Nabi Muhammad yang ummiy dan keluarganya serta sahabatnya.
"SUJUD SAHWI"
Perkara-perkara sunat di dalam sembahyang ada banyak, di antaranya adalah sunat aba'dh di mana apabila tertinggal melakukannya maka hendaklah diiringi dengan sujud sahwi. Sebelum salam hendaklah kita sujud dahulu dua kali dan ucapkan dalam sujud itu:
Subhaa naman laa yanaamu walaa yas hu 3X
-
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa
Allahu Akbar
-
Maksudnya:
Allah Maha Besar
Teruskan dari keadaan di atas menuju sujud yang kedua.
SUJUD PERTAMA (RAKAAT KEDUA) : Tunduk hingga ke paras lantai
Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali).
-
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya.
Allahu Akbar
-
Maksudnya:
Allah Maha Besar
DUDUK ANTARA DUA SUJUD : Duduk seperti melutut
Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni wahdini wa'afini wa'kfu 'anni.
Maksudnya:
Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.
KEMUDIAN LAKUKAN SUJUD KEDUA, SEBELUM ITU BACA
Allahu Akbar
-
Maksudnya:
Allah Maha Besar
SUJUD KEDUA RAKAAT KEDUA : Baca seperti sujud pertama juga
Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali).
-
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya.
TAKBIR SAMBIL DUDUK UNTUK TAHYAT :
Allahu Akbar
-
Maksudnya:
Allah Maha Besar
BACA TAHYAT AKHIR :
Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu laillah. Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'la 'ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa'asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala aliMuhammad. Kama sollaita'ala Ibrahim wa'ala aliIbrahim. Wabarik 'ala Muhammad wa'ala aliMuhammad. Kama barakta 'ala Ibrahim wa'ala aliIbrahim. Fil 'alamina innaka hamidummajid.
Maksudnya:
Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dan kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti apa yang telah Engkau anugerahkan kesejahteraan kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.
Apabila bacaan sampai kepada "Asyhadualla ilaha illallah" dan seterusnya, hendaklah mengangkat jari telunjuk sebelah kanan sehingga salam berakhir.
SALAM KE KANAN :
Assalamualaikum warahmatullah
Ertinya:
Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah.
Hendaklah berpaling ke arah kanan sambil memberi salam.* jika sembahyaang berjemaah hendaklah tunggu sehingga imam memberi salam terlebih dahulu.
SALAM KE KIRI :
Assalamualaikum warahmatullah
Ertinya:
Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah.
MAKA SEMPURNALAH SUDAH SOLAT...
peace (^.^)_v
56 comments:
Na, bagus la entry ni, memperbetulkan lagi solat kite selama ni
kenkadang, kita tak sedar, kesilapan kecil pun...leh memberi kesan pada solat kita kan...kan...gud info atik, muahs...
NI JE ME TEMAMPU UTK BKONGSI DGN SEMUA ATAK.. TGU 2 LG ENTRY K.. SOLAT ZUHUR ASAR MAGHRIB ISYAK.. :)
I like!!!!
Salam mau tanya,sujud sahwi tu wajib buat atau kalau kta t'lupa baca doa qunut baru buat sujud sahwi?terima kasih
salam..maaf jika terkasar bahasa...dlm rukun solat subuh rakaat kedua tak prlu kita ruku' sebenarnya cuma baca doa qunut dan seterusnya sujud.please jaga rukun sembhyang...agar menjadi orang yg beriman jaazakallah hu qairan.
Assalam . saya mohon maaf atas kesilapan komen yg saya hantar beberapa minggu lalu .. apa yg anda postkan memang betul ... saya yg tersalah faham .. terima kasih
Bagus sangat :)
Boleh tak kalau saya nak copy entry ni ? saya akan credit dekat akak :) kalau bolehh , visit dan tinggal jejak akak dekat blog saya :) adengsimple.blogspot.com
sujud sahwi 2 cmne??wajib buad ke??
Terima kasih kerana berkongsi ilmu.
Terima kasih :)
Terima kasih..semoga dgn perkongsian ilmu ini anda diberikan ganjaran pahala berlipat ganda..inshaa alla..
Assalamualaikum.
Terima kasih atas perkongsian ini .
Thanks. May Allah bless you..
bagus skali infonya terima kasih
Assalamualaikum.
Terima kasih atas perkongsian ilmu ini.
Hanya Allah yang mampu membalasnya.
Terima kasih....
Salam....terima kasih byk2 kerana kongsi ilmu...saya byk belajar cara solat di sini....mula2 saya belajar solat 4 rakaat,pastu solat maghrib,skrg saya tgh nk belajar solat subuh plak...terima kasih byk2 sekali lagi kerana di sini jelas dan mudah faham utk belajar terutama ada bacaan dlm rumi kerana saya tidak pandai baca jawi...Alhamdulillah di sini saya mudah belajar dan hafal cara sembahyang yg betul...semoga Allah SWT beri ganjaran pahala yg berlipat ganda pada anda di atas perkongsian ilmu ini...amin insyaallah...
ASSALAMUALAIKUM SEMUA..
TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI SINI.. SAYA BERKONGSI ILMU DENGAN SEMUA, DALAM MASA YANG SAMA, SAYA JUGA MASIH LAGI BELAJAR.. MOGA PERKONGSIAN INI SEDIKIT SEBANYAK DAPAT MEMBANTU SEMUA.. IN SHAA ALLAH.. JIKA ADA KESILAPAN, MOHON TUNJUK AJAR.. :)
Alhamdulilah dengan membaca ini saya baru tahu bawa sesunguh alloh telah memberikan jalan terbaik pada hambanya amiin
Kunjungi web kami di
www.permataqadri.com
Alhamdullilah..trima kasih atas tunjuk ajar.
Assalamualaikum...berguna skali...Alhamdulillah...moga anda dirahmati dan memperoleh pahala dari ALLAH S.W.T...Aminnn
Assalamualaikum...trima kasih atas perkongsian ini..sgt2 mudah difahami..smoga anda skeluarga broleh rahmat & kebahagiaan dunia akhirat...
alhamdulillah
Terima kasih berkongsi, sangat bermanfaat utk memperbetulkan kesilapan2 dalam solat saya.
Alhamdulilah..terima kasih atas ilmu yang dikongsi..nk bertanya..ape itu sujud sahwi? Cara melakukannya mcm mane?
alhamdulillah...sangat2 berguna...terima kasih...semoga allah balas segala kebaikn mu....
Nk solat subuh tp doa qunut lupe
Alhamdulillah bagus entry ni..buatlah cara solat sunat istikharah.taubat dan juga hajat kerana entry ni sgt bagus untuk mereka yg br blajar solat seperti sy.mudah di fahami.kerana segalanya diberitahu satu persatu
Assalamualaikum , terima kasih untuk info ni . 😊 syukran jazilan .
Trima kasih sgt mmbntu
Terima kasih. Hanya Allah yg mampu membalasnya..
banyak2 yg sy dah baca...ini antara yg paling baik n tepat...mudah utk fahami,siap dengan terjemah dan bacaan jawi ditulis rumi....sangat mudah utk belajar...alhamdulilah banyak membantu.
semoga allah memberi sebaik2 ganjaran kpada anda inshallah
sujud sahwi kene buat atau tidak? saya kurang phm tlg jelaskan pls
Saya baru belajar solat. Tidak pasti akan doa nya. Adakah solat saya masih diterima?
Alhamdulillah.. terima kasih ..
Sy mualaf ,sya gembira sgt sbb dapat belajar daripada sini..trima kasih sgt2...
berapa minit ya biasanya kita selesaikan solar subuh?
info dan perkongsian yang sangat bermanfaat..
terima kasih...Assalam...
mohon share
👍👍👍
eeer nak tanya.YG doa qunut tu, kita kene angkat tangan sebelum baca doa qunut ke selepas?
mohon jawab...
thank you kak sebab share. akhirnya saye dapat betolkan semua bacaan dlm solat. alhamdullilah
Sujud sahwi tu dbuat slepas salam yg pertama...jika berlaku apa2 kekeliruan smasa sedang solat. Slesai sujud sahwi, bngun balik n salam kdua..wallahua'lam.
Sujud sahwi tu tak wajib buat
Kalau kita terlupa baca doa qunut, baru buat sujud sahwi.
Ini apa yang saya thu.. Kalau salah, tlg betulkan.. Maaf
Sujud sahwi tu tak wajib buat
Kalau kita terlupa baca doa qunut, baru buat sujud sahwi.
Ini apa yang saya thu.. Kalau salah, tlg betulkan.. Maaf
Terima kasih😉
Terima kasih.sangat usefull.
Assalamualaikum...
Cuma nak perbetulkan sedikit. pada bacaan doa qunut rumi diatas yang dinyatakan "Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alait" itu ada sedikit kesilapan pada hujung ayat, yang mana ia sepatutnya "Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alaik" sepertimana yang dapat dilihat pada rujukan bacaan doa qunut jawi. semoga kita dilindungi dari segala kesilapan dan kekurangan, dan diampuni Allah Ta'ala. Amin
WAALAIKUMSALAM UMAT MUHAMMAD.. TERIMA KASIH KERNA PERBETULKAN KESALAHAN SAYA.. SUNGGUH SAYA TAK PERASAN.. TERIMA KASIH SEKALI LAGI..
Assalamualaikum..alhamdulillah terima kasih byk atas entry nye..sy baru belajar solat..info di sini sgt mudah utk sy fahami dan pelajari..sy sgt bsyukur kini sy dah hafal cara solat subuh..
minta izin share..terima kasih sgt berguna info ni
Tq for this info...
Sis kalau solat subuh jak ambil dalam satu hari tu bole ka ya
Klu nabiyil ummiyi x sebut x pe ke? Maaf brtanya
Kak..sujud sahwi tu tk buat pon tkpe kan
Post a Comment