Thursday, July 1, 2010
Shepperd Pie
Bahan A
6 Kentang Roset..kentang biasa pun boleh
1 cwn susu segar
sedikit garam
sedikit lada hitam
Bahan B
1/2 kg ayam kisar
1 botol sos spagetti
sedikit bawang putih dan merah cincang
3 sudu minyak
sayur campur (jika suka)
Bahan C
keju parut
terung (jika suka)
Cara:
Bahan A
rebus kentang hingga empuk...lenyekkan hingga hancur atau blendkan...masukkan susu segar, garam dan lada hitam (mcm whipped potato ler)
Bahan B
panaskan minyak tumis bawang masukkan ayam kisar kemudian bila masak sikit masukkan sayur campur (jika suka) dan masukkan sos spegetthi. ketepikan
Bahan C
keju diparut atau beli ajer cheesdale ke brand apa ke yang keping tu
terung di hiris nipis
Setelah semua siap..sediakan loyang alaskan dengan aluminium foil..letakkan bahan A jadikan sbg. base (mcm pizza) kemudian susun terung sbg lapisan kedua kemudian lapiskan dengan bahan B.akhir sekali taburkan keju parut atau lapiskan dengan keju keping tersebut. Bakar dlm 180 api atas bawah selama 20 minit atau hingga keju cair..
*shepperd pie ni boleh disimpan dan dipanaskan semula....kalau tak habis...
Terima kasih buat K.Shim sebab sudi berkongsi skrg mah laks kongsi dengan kawan-kawan yang suka memasak selamat mencuba ya!
peace (^.^)_v
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment