Tuesday, December 23, 2008

Tenet Prob???

Ahad Disember 21, 2008: KUALA LUMPUR: Perkhidmatan internet Telekom Malaysia Berhad (TM) kini terganggu akibat kerosakan sirkit sistem kabel dasar laut yang menghubungkan Malaysia dan Eropah. TM berkata, kerja-kerja membaik pulih kerosakan sirkit Southeast Asia Middle Eastern and Western Europe 4 (SMW4) antara Palermo, selatan Itali dan Alexandaria, utara Kaherah sedang dijalankan dan perkhidmatan dijangka beroperasi seperti sediakala pada 31 Disember ini.

Berikutan dengan masalah tersebut, pelanggan perkhidmatan internet TM akan alami sambungan internet yang perlahan ketika melayari laman-laman web yang dihoskan di Eropah, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Katanya, sementara mereka yang menggunakan perkhidmatan Protokol Internet (IP) yang lain seperti Rangkaian Persendirian Maya (VPN) serta aplikasi perniagaan kritikal yang dihubungkan ke Eropah juga mungkin mengalami gangguan perkhidmatan.

Untuk mengatasi masalah tersebut, beberapa laluan internet telah dialihkan ke sambungan alternatif bagi mengurangkan kesesakan, katanya..TM berkata, berikutan kerja membaik pulih, trafik ke Amerika Utara dijangka akan mengalami gangguan, sementara trafik ke negara lain adalah seperti sediakala.. Para pelanggan TM boleh menghubungi syarikat itu di talian 100 dan pilih "perkhidmatan internet" atau di help@tm.com.my untuk membuat laporan mengenai masalah perkhidmatan internet mereka, katanya.




peace (^.^)_v

1 comment:

Zann said...

ouh ok.. thx for da info :D