Keindahan batu karang dan hidupan laut yang banyak terdapat di situ menjadikan kawasan dua batu nautika dari pantai pulau tersebut diwartakan sebagai Taman Laut Johor. Bagi penggemar aktiviti snorkeling, pasti tidak jemu menyaksikan keindahan dasar laut itu yang dihuni pelbagai spesies ikan dan terumbu karang. Kejernihan dan kedinginan air laut pasti membuatkan pengunjung berasa segar semasa mandi-manda ditambah pula dengan pemandangan pulau-pulau kecil berhampiran yang cukup indah sehingga terlupa seketika kesibukan kota.
peace (^.^)_v
No comments:
Post a Comment