SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 2010
Dalam tradisi masyarakat Melayu, Aidilfitri atau yang disebut Hari Raya Puasa disambut besar-besaran. Bahkan dalam masyarakat Melayu pada hari ini Hari Raya Aidilfitri disambut sehingga sebulan dengan acara rumah terbuka terutamanya masyarakat Melayu di Bandar.
Hal ini berbeza dengan suasana di Tanah Arab. Sambutan besar sebenarnya lebih tertumpu kepada Aidiladha atau yang disebut Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban oleh masyarakat Melayu.
Ini berlaku kerana sambutan Aidilfitri sebenarnya hanya disambut dalam satu hari sahaja, bahkan takbir untuk Aidilfitri hanya bermula dari malam 1 Syawal sehingga selesai solat sunat Aidilfitri. Ini berbeza dengan Aidiladha di mana takbir bermula dari malam 10 Zulhijjah sehingga ke tamat hari Tasyrik iaitu pada 13 Zulhijjah. Ini bermakna Aidiladha disambut selama tiga hari dengan dipenuhi dengan ibadah haji dan korban.
Aidiladha merupakan perayaan yang dirayakan umat Islam di seluruh dunia. Ia merupakan sambutan terbesar dan teristimewa dalam agama Islam selain Aidilfitri. Aidiladha disambut pada 10, 11. 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, ia diikuti dengan solat sunat Aidiladha, khutbah pada pagi 10 Zulhjjah dan kemudian dilangsungkan ibadah korban yang boleh dilakukan pada siang 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.
Berbeza dengan sambutan Aidilfitri, Aidiladha biasanya disambut secara sederhana oleh kebanyakan masyarakat Islam di Negara kita. Ada sebahagian masyarakat Islam gagal untuk menghayati maksud sebenar disebalik sambutan Hari Raya Aidiladha ini dan akhirnya mereka hanya menyambut Aidiladha dengan berehat di rumah dan bercuti seperti hari biasa mereka bercuti, berbeza dengan sambutan mereka ketika menyambut Aidilfitri, ini menunjukkan penghayatan terhadap pengertian Aidiladha yang besar itu tidak lagi wujud dalam masyarakat kita.
Ibadah korban ini mengingatkan kita pada peristiwa Nabi Ibrahim AS yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Isa AS atas sifat kepatuhan kepada Allah SWT dalam menunaikan janjinya.
Mengingati peristiwa itu, membuatkan aku bertanya pada diri sendiri. apakah pengorbanan yang telah aku lakukan kepada keluarga, agama, bangsa dan negara sejak 28 tahun yang lalu ataukah tidak ada satu pun pengorbanan yang telah aku lakukan sepanjang usia aku ini. dan adakah perkara yang aku lakukan selama ini yang aku anggap ianya sebuah pengorbanan itu hanyalah untuk kepentingan diri aku sendiri.
Aku selalu mengingati diri aku sendiri, setiap perjuangan ada pengorbanan. adakah selama aku berjuang, sudah cukup pengorbanan yang telah aku lakukan. ataukah masih kurang apa yang telah aku korbankan sehinggakan ada ketikanya aku tersilap langkah namun, untuk berpatah balik, itu bukan jalan terbaik. pilihan yang ada, teruskan melangkah sambil mengharap ada sinar di hujung jalan.
Tapi aku yakin dan percaya, pengorbanan yang ikhlas, Insyallah akan mendapat balasan yang baik yang penting niat kita. Allah tidak pernah kejam terhadap hambaNya. aku mohon supaya segala pengorbanan yang aku lakukan selama ini (kiranya ada), akan mendapat hikmah disebaliknya.
Sempena Aidil Adha ini, lakukanlah pengorbanan selagi masih ada peluang, bukan sekadar pada sambutan ini, tetapi biarlah berterusan sepanjang masa, namun ingat..biarlah pengorbanan itu wajar dan betul pada tempatnya.
Salam Aidiladha dari ku untuk semua..
peace (^.^)_v
No comments:
Post a Comment