Tuesday, November 30, 2010

Gambaran Hari Kiamat

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 

  - Pemimpin yang adil. 

  - Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 

  - Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 

  - Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 

  - Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". 

  - Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 

  - Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 

 

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. 

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi. 

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin. 

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. 

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. 

 

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:  Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.  Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

Sedekah/amal jariahnya.

Doa anak²nya yang soleh.

Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.



peace (^.^)_v

Wednesday, November 17, 2010

Buat Seorang Teman

Assalamualaikum..

Wahai teman.. maafkan aku jika apa yg akan ku persembahkan ini mungkin akan menyinggung atau melukakan hatimu.. atau mungkin tidak akan ada satu rasa pun yg akan tcuit d hatimu.. apa yg akan ku curahkan diri adalah cerita bkenaan dgn kita..

teman..

hadirmu d sisi ku suatu anugerah bg ku.. bkn ku pinta kehadiran mu dlm idop ku.. malah pergimu pun tidak ku pinta.. kau hadir dlm diriku mbuka satu lebaran baru dlm idop ku.. mmg tidak ku nafikan kau yg mbuat ku gembira.. kau yg buat ku ceria.. kau yg buat ku tsenyum.. sedikit sbyk ati ku mula tcuit sedikit perasaan syg pdmu.. mungkin kerna keikhlasan hatimu. mungkin kerna cara kau mhulurkan salam perkenalan buat ku..

teman..

sedikit sbyk bila ku lama mengenali dirimu.. bleh ku katakan, aku mula memahami dirimu.. ttp kdg2 agak sukar sbnrnya utk memahami dirimu.. penah tdetik d dlm hati ini utk terus idop bsama dgn mu.. mungkin suatu hari nant.. ttp aku tahu tdapat suatu halangan d ctu.. tdpt tembok sbnrnya d antara kita bdua..

teman..

aku tahu sbnrnya aku tidak berhak utk meminta selebihnya drpd mu.. aku tahu aku hanyalah sorg insan biasa yg lg hina.. siapalah aku d sisimu.. even aku senang bsama mu.. tp apa yg aku lihat, slth lama kita bkenalan.. aku lihat, tdpt ramai lg yg cuba mdekatimu.. dan kau juga melayannya sptmana kau melayan diriku.. tidak ku nafikan, ya aku mmg cemburu.. tp, ahhh.. siapalah aku ni kn.. utk mharapkan sst yg lebih dr itu..


teman..

aku tahu kini kita semakin renggang.. aku tidak tahu d mana silapnya.. samada kau mula mjauhkan diri atau pun aku yg mula menyepi.. tp dr apa yg ku lihat, kau semakin jauh dr ku.. kdg2 aku ttanya.. apakah salahku bila kau bbuat demikian.. mungkin aku tpaksa beralah juga kali ini.. demi kebaikan dirimu dan diriku.. aku beralah demi kebahagiaan org yg aku syg? syg?? tlalu subjektif bg diriku.. aku tahu.. kau menyedari apa yg aku rasai dikala ini.. bkn ku tidak menyedari akan kelakuan dirimu.. dan juga kelakuan org yg kau kenali selain diriku.. aku tidak meminta lebih dr sst yg tidak mungkin akan aku perolehi.. dan aku tahu mustahil bgku utk mdptkan semua itu..

teman..

jikalau kau membaca coretan aku ini.. ingin sekali ku nyatakan pdmu.. cukuplah aku anggap kau sbg sorg teman.. sorg rakan.. dan sbg sorg sahabat.. utk aku bkongsi kisah.. bkongsi cerita dgn mu.. itu cukup memadai bgku.. aku tahu.. d mana ada suatu perkenalan itu, pastnya akan ada perpisahan.. cuma aku minta, usahlah dikau trus mbohongi diriku.. itu saja yg ku pinta drmu.. kerna itu akan lebih menyakiti diriku.. pedih.. dan sangat pedih.. cuba kau tanya diri sendiri.. apa perasaanmu.. kalau aku lakukan begitu.. d saat engkau, masih memerlukan aku..

teman..

jika inilah noktah pkenalan kita, aku redha terima ia seadanya.. jika itulah ketentuan yg tlh d tetapkan buat kita.. dan aku hrpkn agar tiada pmusuhan d antara kita.. jgn ada perasaan saling mbenci.. aku d sini ttp mdoakan yg tbaek utk dirimu.. itu sudah cukup buat ku gembira.. melihat kau dari jauh.. gembira d smpg mereka yg buleh buat dikau gembira.. mungkin bkn aku.. yg buleh buat kau gembira.. maafkan aku..

teman..

aku amat bterima kasih pdmu kerna tlh byk menyedarkan diriku.. itulah sst yg tak thingga bg diriku yg tak mampu ku luahkan dgn kata2.. terima kasih juga kerna engkau pernah mhulurkan kasih dan sayang pada diriku.. kini.. apa yg perlu ku nyatakan.. biarlah hubungan kita sekadar teman.. rakan.. sahabat.. selamanya.. kerna tlh aku ltkkn sempadan d antara kita.. dan aku bjanji aku tidak akan mlangkaui sempadan itu.. kerna itulah yang terbaek buat kita..

teman..

sampai d sini shj coretan ku buatmu.. ku bharap agar dikau fahami.. maafkan aku sekali lg jika aku ada bbuat salah padamu tanpa aku sedari.. salam sayang dariku utkmu wahai temanku..




peace (^.^)_v

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha



SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 2010

Dalam tradisi masyarakat Melayu, Aidilfitri atau yang disebut Hari Raya Puasa disambut besar-besaran. Bahkan dalam masyarakat Melayu pada hari ini Hari Raya Aidilfitri disambut sehingga sebulan dengan acara rumah terbuka terutamanya masyarakat Melayu di Bandar.

Hal ini berbeza dengan suasana di Tanah Arab. Sambutan besar sebenarnya lebih tertumpu kepada Aidiladha atau yang disebut Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban oleh masyarakat Melayu.

Ini berlaku kerana sambutan Aidilfitri sebenarnya hanya disambut dalam satu hari sahaja, bahkan takbir untuk Aidilfitri hanya bermula dari malam 1 Syawal sehingga selesai solat sunat Aidilfitri. Ini berbeza dengan Aidiladha di mana takbir bermula dari malam 10 Zulhijjah sehingga ke tamat hari Tasyrik iaitu pada 13 Zulhijjah. Ini bermakna Aidiladha disambut selama tiga hari dengan dipenuhi dengan ibadah haji dan korban.

Aidiladha merupakan perayaan yang dirayakan umat Islam di seluruh dunia. Ia merupakan sambutan terbesar dan teristimewa dalam agama Islam selain Aidilfitri. Aidiladha disambut pada 10, 11. 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, ia diikuti dengan solat sunat Aidiladha, khutbah pada pagi 10 Zulhjjah dan kemudian dilangsungkan ibadah korban yang boleh dilakukan pada siang 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.

Berbeza dengan sambutan Aidilfitri, Aidiladha biasanya disambut secara sederhana oleh kebanyakan masyarakat Islam di Negara kita. Ada sebahagian masyarakat Islam gagal untuk menghayati maksud sebenar disebalik sambutan Hari Raya Aidiladha ini dan akhirnya mereka hanya menyambut Aidiladha dengan berehat di rumah dan bercuti seperti hari biasa mereka bercuti, berbeza dengan sambutan mereka ketika menyambut Aidilfitri, ini menunjukkan penghayatan terhadap pengertian Aidiladha yang besar itu tidak lagi wujud dalam masyarakat kita.

Ibadah korban ini mengingatkan kita pada peristiwa Nabi Ibrahim AS yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Isa AS atas sifat kepatuhan kepada Allah SWT dalam menunaikan janjinya.

Mengingati peristiwa itu, membuatkan aku bertanya pada diri sendiri. apakah pengorbanan yang telah aku lakukan kepada keluarga, agama, bangsa dan negara sejak 28 tahun yang lalu ataukah tidak ada satu pun pengorbanan yang telah aku lakukan sepanjang usia aku ini. dan adakah perkara yang aku lakukan selama ini yang aku anggap ianya sebuah pengorbanan itu hanyalah untuk kepentingan diri aku sendiri.

Aku selalu mengingati diri aku sendiri, setiap perjuangan ada pengorbanan. adakah selama aku berjuang, sudah cukup pengorbanan yang telah aku lakukan. ataukah masih kurang apa yang telah aku korbankan sehinggakan ada ketikanya aku tersilap langkah namun, untuk berpatah balik, itu bukan jalan terbaik. pilihan yang ada, teruskan melangkah sambil mengharap ada sinar di hujung jalan.

Tapi aku yakin dan percaya, pengorbanan yang ikhlas, Insyallah akan mendapat balasan yang baik yang penting niat kita. Allah tidak pernah kejam terhadap hambaNya. aku mohon supaya segala pengorbanan yang aku lakukan selama ini (kiranya ada), akan mendapat hikmah disebaliknya.

Sempena Aidil Adha ini, lakukanlah pengorbanan selagi masih ada peluang, bukan sekadar pada sambutan ini, tetapi biarlah berterusan sepanjang masa, namun ingat..biarlah pengorbanan itu wajar dan betul pada tempatnya.

Salam Aidiladha dari ku untuk semua..



peace (^.^)_v

Sunday, November 14, 2010

Blog Ku Sayam...

kehadapan blog ku sayam..

lama rasanya tidak ku jenguk dirimu.. tlalu rundu daku thadap mu.. apa kabarmu d sini? sihatkah? ada pape mslhkah? rsnye xde kot.. rakan2 mu d sini shtkah? harap2 shtlh hendaknya.. daku d sini mcm biasalah.. sht.. cuma kdg2 tu ade sket biol.. wakakakaka.. msk air.. bese la tu.. blurrpp.. blurrrpp..

blog ku sayam..

byk cerita sbnrnya yg ingin ku kongsikn dgnmu.. tak tkira byknya.. akan ku ceritakan padamu apa yg tlintas d fikiran ku tika ini.. yg tdetik d hati ingin aku titipkn buatmu..

blog ku sayam..

sejak kblkgn ni.. kwn2 ku btmbh lg.. aku bsyukur kerna Tuhan mberikn ku kwn2 yg baek buatku.. memahami diriku.. cuma ada segelintir yg agak memeningkn kepalaku.. tak tau la samada dia tak memahami diriku ataupun aku yg tak memahami dirinya.. kau pun tahu kn.. aku ni jenis tak suke d paksa.. cukup skali kau nyatakan.. cukup sekali kau suarakan.. aku sudah mengerti.. jgnlah kau ulang kembali.. meminta kembali.. memaksa aku utk mengikut katamu.. sememangnya kau makin buat ku utk jauh dr mu.. dlm erti kata, nek menyampah.. bleh? huhuhuhu..

blog ku sayam..

skang ni ku selalu ke suatu tmpt d selayang indah.. tmpt melarikan diri.. tmpt menenangkn fikiran.. tmpt ntah.. aku rs tenang bila berada d sini.. cuma kdgkala selalu d buli oleh mereka2 yg ada d sini.. yg past merekalah yg kuat berada d blkgku.. bagaikan satu keluarga.. daku sayam kalian semua..

blog ku sayam..

siapa sbnrnya yg aku sayam?? kdgkala aku tfikir.. siapakah dia?? aku sbnrnya tlalu takut utk menyatakan yg ku syg dia.. ya mmg aku akui aku syg dia.. tp.. adakah dia menyayangi diriku sptmana aku menyayangi dirinya? aku kelu.. perlukah aku bterus terang? tp yg past dia mengerti dan mengetahui yg aku amat menyayangi dirinya.. cuma.. aku perlukn masa utk semua2 ini.. pjg lg pjalanan idop ku.. insyaallah, jika dh jodoh, tidakkn ke mana.. :) cuma ingin aku lontarkan suatu pertanyaan.. adakah dikau gembira pabila bersama diriku? errrmm..

blog ku sayam..

sejak kebelakangan ni, area selayang selalu ujan.. mungkin sbb skang ni mmg musim ujan.. mmg tak dinafikan la.. lebat woooo.. sejok.. rs nk men pelop2.. phewwwwwwww... hikhik.. >_<

blog ku sayam..

perkara tbaru yg ingin ku kongsikn dgn mu, yg tjadi pd hari ini.. nk tahu ape dia? mcm lawak pun ade.. sejak kehilangan baharom, hampir 10 bulan diriku tanpanya.. sedey sgt2.. tp pg td aku d kejutkan dgn sst yg menant ku d tangga.. dgn keadaan tangga yg gelap.. aku tpandang sst makhluk bbulu yg bbaring d sudut tangga.. aku mjadi pelik.. apakah ia?? aku beranikan diri mbuka lampu tangga.. alangkah tkejutnya aku melihat, ada seekor kucing yg sgt sgt sgt cumil.. makhluk bbulu tsebut adalah seekor kucing.. walllaaaa... aku jd makin pelik.. lalu aku g kat dia.. dan melontarkan beberapa pertanyaan yg sudah semestinya mmg kucing tk dpt nk jwb ar.. mcm polis tanye soalan pada pesalah.. hahaha.. kalo btol kucing tu dpt jwb, for sure aku pun melompat lari.. hahaha.. pertanyaannya bbunyi begini..

"Ko sape?"
"Cmne ko leh ada sini?"
"Nama ko ape?"
"Ko jantan ke betina?"

pabila ku lihat die diam merenung ku manja.. cair beb!! sbb dia cumil.. trus aku usap dia.. manja sgt2.. phewww.. meruntun jiwa!!! bila ku belek jantinanya.. ianya seekor kucing jantan.. so, dh lps satu.. lain akan menyusul.. kerna mama masih tidak tahu lg kewujudan kucing ini d rumah.. dan baru ku tahu, abg, adikku yg angah, yg mbawanya ke mari.. jika kucing ni tak mbawa mslh.. pandai dia jaga diri d rumah ni, sudah semestinya greenlite ar mama kasi.. hehe.. spt mana baharom dpt greenlite dulu.. harap2 ada harapan utk kucing itu menetap bsama ku dan dpt d manja dan diberikan kasih sayang sepenuhnya.. :)

blog ku sayam..

ku rs, cukup smpei sini dulu dpt ku bsama mu.. nant ade kelapangan, ku akan bsama mu kembali.. salam sayam dariku.. muahmuah.. dont notty2 k.. >_<


peace (^.^)_v